Pengenalan
Sudut Pengetua
Pengurusan
Unit Kaunseling
Kursus Ditawar
Infrastruktur
Kokurikulum
Info TEJA
Album TEJA
Berita Terkini
Arkib
Blog
Pautan
Kalendar
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JENGKA
Pengenalan

Terampil - Efisien - Jatidiri - Akauntabiliti 

 Image

Logo Sekolah

Image

 Cerdas-Dinamik-Ceria

VISI

STATUS SEKOLAH CEMERLANG DARI ASPEK KUANTITI DAN KUALITI DALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN MODAL INSAN MENJELANG 2012

MISI

MEREALISASIKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL YANG BERKUALITI BAGI MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU PELAJAR DAN MEMENUHI ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN PIPP

 

PIAGAM SEKOLAH

Kami seluruh warga pendidikan SM Teknik Jengka dengan penuh azam dan iltizam akan melaksanakan usaha-usaha yang berterusan ke arah:

Sentiasa memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan kepada pelajar bagi membolehkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Mendukung budaya ilmu dan mewujudkan persekitaran kerja setiap warga sekolah yang prihatin dan harmonis dalam menyempurnakan amanah untuk kecemerlangan pendidikan.

Perihatin terhadap permasalahan disiplin pelajar dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti sahsiah pelajar dengan menawarkan perkhidmatan penyayang.

Sedar dan selalu berusaha melengkapkan kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah dalam mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif. Mewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan yang teratur, telus dan berkesan ke arah peningkatan prestasi sekolah.

Sentiasa berusaha mewujudkan komitmen dan kerjasama yang mesra di kalangan pentadbir, guru, pelajar, kakitangan dan ibu bapa serta masyarakat setempat sesuai dengan konsep permuafakatan sekolah.


LAGU SEKOLAH : “ JENGKA BESTARI ” 

SEKOLAH KU PERMAI TEKNIKAL BESTARI  

 KEBANGGAAN KITA SEMUA

 BERILTIZAM MENEMPA KEJAYAAN MENJULANG PERSADA 

 SEKOLAH TERBILANG WARGA CEMERLANG

 MEREBUT PELUANG SEMUA BIDANG

 SEMARAKKAN SEMANGAT JUANG AGAR TERUS GEMILANG 

 DISIPLIN DIPATUHI GURU DISANJUNGI

 ILMU AKAN DIBERKATI HIDUP DISINARI 

 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JENGKA

 TERUS MAJU MERCU JAYA

 HIDUP BERBAKTI PENUH BERJASA

 CERDAS DINAMIK CERIA

Lagu : M.Tajuli Azmi  bin Mohd Nasir       Lirik : Haji Ishak bin Sulaiman


Sejarah awal pembinaan mulai tahun 2001, Sekolah Menengah Teknik Jengka terletak di kawasan kaki bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah, Mukim Chenor, Daerah Maran, Pahang Darul Makmur.

Keseluruhan kawasannya adalah seluas 40.06 ekar (16.21 hektar). Di hadapan kawasan sekolah ini terdapat ladang sawit Felda Jengka 15, dan di belakangnya adalah Sungai Jengka, bersempadanan dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang. Kedudukannya adalah kira-kira 7 km dari Bandar Jengka dan 46 km dari Bandar Maran.

Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada 19 Jun 2001 dan mengikut perancangan awalnya siap pada  18 Februari 2003. Walaupun begitu, pembinaan sekolah ini hanya dapat disiapkan pada awal tahun 2004 dan memperolehi ‘CPC’ pada 16 Jun 2004. Projek sekolah ini menelan belanja melebihi RM32 juta, dibiayai melalui Pinjaman ADB 5, Bank Pembangunan Asia (ADB).

Senibina kompleks dan bangunan sekolah adalah hasil kreativiti satu kumpulan firma perunding yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarikat perunding senibina, Kamal Abdullah Chartered Architect, Shah Alam, telah memberi sentuhan dengan ciri-ciri senibina yang menarik pada bangunan sekolah ini. Kontraktor pembinaan sekolah ini diterajui oleh Pembinaan Limbongan Setia Berhad, Batu Caves, Selangor.

Senibina Blok Pentadbiran/Dewan Serbaguna seumpama bahtera yang berada di tengah samudera luas. Terdapat tiga padang permainan yang kesemuanya terletak di bahagian hadapan kompleks sekolah.  44.81% kawasan sekolah ini merupakan kawasan lapang. Terdapat sebuah menara jam yang juga merupakan ciri unik bagi sekolah ini.

 

Pembukaan Sekolah  Pada Tahun 2004

SM Teknik Jengka mula dibuka untuk sesi persekolahan tahun 2004.  Pada peringkat awal pembukaannya, pentadbiran sekolah ini beroperasi dengan menumpang di pejabat-tapak juru perunding.  SM Teknik Jengka telah didaftarkan di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dengan kod CKA 9001, manakala kod PTJ sekolah ini ialah 250291.

 

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama harian, dan berada di bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPPTV), Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia.  SM Teknik Jengka adalah sekolah menengah teknik yang ke-89 di negara ini.  Kewujudan sekolah ini telah dapat memberi peluang pendidikan teknik kepada anak-anak warga peneroka Jengka khususnya dan penduduk daerah Maran amnya.

 

Secara rasminya penempatan guru mula dibuat pada 1 Januari 2004.  Pada 2 Januari 2004, seramai 21 orang guru melapor diri di sekolah ini.  Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 8 Januari 2004, Encik Ishak bin Sulaiman melapor diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai Pengetua pertama di SM Teknik Jengka.





 


 Penafian :
Sekolah Menengah Teknik Jengka adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari
laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh
Sekolah Menengah Teknik Jengka.

If you are the owner of this site:
You can start editing your web site by
clicking here.
Forgot your zoomshare username or password?
Get it here.